MALAYSIA @ EXPO 2020 DUBAI

Kar Gee Tambah Koleksi Emas Negara Di Dubai

16/02/2024 03:59 PM

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Malaysia menutup kempen Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menambah satu lagi koleksi pingat emas acara lompat jauh lelaki T11/T12 (kecacatan penglihatan), semalam.

Wong Kar Gee mengungguli acara itu dengan melakukan lompatan sejauh 6.80 meter (m), mengatasi pencabarnya Chen Shichang dari China yang mencatatkan 6.39m untuk pingat perak manakala atlet Rusia, Maksim Shavrikov meraih gangsa dengan 6.08m.

Kontinjen negara turut mengutip pingat perak acara lontar peluru wanita F11/F12/F20 (kecacatan penglihatan) menerusi Noor Imanina Idris selepas melakukan lontaran sejauh 10.66m.

Atlet Mauritius, Brigila Clair memenangi pingat emas dengan 11.70m manakala gangsa milik wakil Kazakhstan, Gulbakhyt Kaiyrzhanova (6.84m).

Mohammad Zikri Zakaria pula menyumbang pingat gangsa acara lontar peluru F54/F55 (kecacatan fizikal) selepas merekodkan 9.69m.

Wakil iran Hamed Amiri unggul dengan lontaran sejauh 12.43m untuk memenangi pingat emas, diikuti Olokhan Musayev dari Azerbaijan dengan 10.92m untuk perak.

Keseluruhannya, Malaysia membawa pulang lapan pingat terdiri daripada empat emas, dua perak dan dua gangsa pada kejohanan yang bermula Selasa lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan