BERITA TERGEMPAR   Helikopter TLDM terhempas: Satu lembaga siasatan ditubuhkan bagi mencari punca kejadian - Khaled Nordin | TLDM urges the public not to share helicopter crash video to respect sensitivity of victims’ families and investigation process | 10 confirmed killed in collision between two helicopters in Lumut - RMN | 10 disahkan maut dalam insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut - TLDM | TLDM mohon orang ramai tidak tularkan video helikopter terhempas demi jaga sensitiviti keluarga, proses siasatan | 
MALAYSIA @ EXPO 2020 DUBAI

Muhammad Faiz Haizat Raih Emas Di Dubai

15/02/2024 01:25 PM

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Atlet olahraga para negara Muhammad Faiz Haizat Rosdi meraih pingat emas di Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Pemenang pingat perak Sukan Para Asean 2022 itu muncul juara acara 400 meter (m) T38 (masalah koordinasi) apabila mencatatkan 56.84 saat (s) meninggalkan pesaing lain pada kejohanan berkenaan.

Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Andreas Beros dari Cyprus (58.14s) dan Antonio Kosmat dari Croatia (59.46s).

Dalam pada itu, Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi turut menceriakan kem olahraga negara selepas meraih pingat perak bagi acara 400m T20 (kecacatan intelektual), dengan catatan masa 50.16s.

Emas acara itu dirangkul Yovanni Philippe dari Mauritius (49.84s) manakala gangsa diraih Columba Blango dari Britain (50.52s).

Sementara itu, atlet elit olahraga Eddy Bernard turut meraih kedudukan podium di kejohanan tersebut dengan meraih gangsa acara lompat jauh (T42/T44/T61), mencatatkan lompatan sejauh 6.42m.

Wakil Sri Lanka Indika Gamage meraih emas (6.62m) manakala wakil Rusia Dzmitry Bartashevich merangkul perak (6.50m).

-- BERNAMA 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan