MALAYSIA @ EXPO 2020 DUBAI

Zii Jia, Aaron-Wooi Yik ketuai skuad Malaysia ke BAMTC

21/01/2023 12:22 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia dan penyandang juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik adalah antara pemain yang akan mewakili skuad Malaysia ke Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 14 hingga 19 Feb ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan memaklumkan pemain badminton lelaki lain termasuk dua pemain pasukan kebangsaan Leong Jun Hao dan Chen Tang Jie serta tiga pemain profesional berpengalaman iaitu Ong Yew Sin, Teo Ee Yi dan Tan Kian Meng.

Dalam pada itu, BAM akan menurunkan empat pasukan pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Asia yang diadakan di Shah Alam, Selangor tahun lepas termasuk beregu utama negara Pearly Tan-M. Thinaah serta Go Pei Kee dan Teoh Mei Xing dalam skuad wanita.

“Pemenang pingat emas Olimpik Belia Goh Jin Wei, pendatang baharu Wong Ling Ching, Lai Pei Jing dan Toh Ee Wei akan melengkapkan pasukan wanita dalam kejohanan di Dubai itu,” menurut kenyataan berkenaan hari ini.

Malaysia tidak pernah memenangi pertandingan itu sejak kali pertama diadakan di Hanoi, Vietnam pada 2017.

Skuad negara tersingkir pada suku akhir semasa edisi 2017 dan 2019 di Hong Kong.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan