MALAYSIA @ EXPO 2020 DUBAI

Kraftangan Malaysia rancang pertunjukan fesyen di Dubai

25/10/2022 11:22 AM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 25 Okt (Bernama) -- Kraftangan Malaysia merancang untuk mengadakan pertunjukan fesyen di Dubai bagi meneroka pasaran rantau Arab.

"Kami sedang menyiapkan koleksi kami untuk pertunjukan di Dubai. Kami akan mengumumkan tarikh pertunjukan fesyen tidak lama lagi," kata Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ainu Sham Ramli kepada Bernama di New Delhi.

Ainu Sham berharap acara itu akan meningkatkan kesedaran tentang tekstil Malaysia, hiasan dalaman dan produk gaya hidup di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta wilayah Teluk.

"UAE memiliki pasaran yang luas bagi fesyen. Kami menyaksikan permintaan terhadap barangan gaya hidup Malaysia terutama daripada sektor pelancongan.

“Malaysia mempunyai banyak barangan gaya hidup dan kraf berjenama yang akan menarik minat pasaran UAE.

"Selepas Dubai, kami mahu meneroka negara jiran," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan