COVID-19

COVID-19: Thailand kesan kes pertama varian XAY.2

07/01/2023 04:28 PM

Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK, 7 Jan (Bernama) -- Thailand telah melaporkan kes pertama varian baharu COVID-19 yang dikenali XAY.2.

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Dr. Supakit Sirilak berkata XAY.2 ialah gabungan AY.45, subvarian Delta dan subvarian Omicron BA.4/5.

Sehingga kini, terdapat hanya 344 kes yang dikesan di seluruh dunia.

"Kami memantau dengan teliti mutasi virus di negara ini," katanya.  

Beliau berkata pesakit yang dijangkiti XAY.2 tidak mengalami simptom yang serius dan telah sembuh sepenuhnya.

Dr Supakit berkata Thailand buat masa ini masih belum mengesan sebarang jangkitan membabitkan varian Omicron XBB.1.5 yang mudah merebak dan sudah menular secara meluas di Amerika Syarikat.

"Subvarian dominan yang ditemukan di Thailand ialah Omicron BN.1.3, subketurunan BA.2.75," katanya.

Dr. Suakit menggesa orang ramai mendapatkan suntikan penggalak terutamanya yang telah divaksin lebih empat bulan lalu bagi meningkatkan imuniti dan mengurangkan risiko jangkitan dan kesan jangkitan yang teruk. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan