COVID-19

EMA syor dua vaksin COVID-19 menentang Omicron

02/09/2022 01:55 PM

THE HAGUE, 2 Sept (Bernama) -- Agensi Ubat Eropah (EMA) pada Khamis mengesyorkan penggunaan dua vaksin iaitu Pfizer/BioNTech dan Moderna bagi menentang varian Omicron.

Vaksin jenis Comirnaty Original/Omicron BA.1 (dari Pfizer/BioNTech) dan Spikevax Bivalent Original/Omicron BA.1 (dari Moderna) akan dihantar kepada Suruhanjaya Eropah untuk mendapat kelulusan, sebelum ia digunakan pada individu berumur 12 tahun ke atas yang telah menerima dos vaksin primer terhadap COVID-19, lapor Xinhua.

Kajian menunjukkan bahawa vaksin itu boleh mencetuskan tindak balas imun yang kuat terhadap varian Omicron BA.1 dan strain COVID-19 asal pada mereka yang telah disuntik sebelum ini, menurut EMA.

Kesan sampingannya adalah sama seperti suntikan sebelum ini dan lazimnya ringan dan tidak berlanjutan.

"Apabila wabak ini berubah, EU berhasrat untuk memiliki rangkaian vaksin yang luas serta dapat disesuaikan dengan pelbagai varian supaya negara-negara anggota mempunyai pelbagai pilihan keperluan dan merancang strategi vaksinasi mereka.

"Ini merupakan elemen penting dalam strategi keseluruhan demi memerangi wabak itu kerana tidak mungkin kita mampu meramal bagaimana virus itu akan berubah pada masa depan dan varian mana yang akan disebarkan pada musim sejuk ini," menurut EMA.

EMA kini sedang menyemak vaksin-vaksin lain untuk menentang subvarian Omicron BA.4 dan BA.5.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan