COVID-19

Sindrom Long Covid punca banyak kekosongan kerja di AS: Laporan

30/08/2022 06:55 PM

LOS ANGELES, 30 Ogos (Bernama) -- Sindrom Covid Berpanjangan atau ‘Long COVID’ menyebabkan hampir satu pertiga pekerjaan tidak diisi di Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik CNBC. memetikhasil penyelidikan Institusi Brookings.

Menurut CNBC yang memetik penerbitan penyelidikan oleh Institusi Brookings minggu lalu, dianggarkan 16 juta rakyat Amerika berusia antara 18 dan 65 tahun mengalami gejala ‘Long Covid’ selepas jangkitan.

Keadaan itu termasuk gangguan kognitif otak, keletihan, masalah pernafasan, sakit otot, sakit kepala, sakit dada dan juga kebimbangan atau kemurungan -- semua gejala yang boleh menyukarkan penghidapnya untuk bekerja, menurut laporan itu.

Penyelidikan itu menganggarkan bahawa 2 juta hingga 4 juta daripada mereka kini tidak bekerja kerana sindrom berkenaan.

Menurut data terkini daripada Biro Statistik Buruh AS, terdapat 10.7 juta pekerjaan yang belum diisi di AS. Ia boleh menyumbang kepada kira-kira satu pertiga daripada kekurangan buruh semasa negara, kata laporan itu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan