COVID-19

Murid sekolah di Peru dapat kelonggaran pakai pelitup muka

30/08/2022 03:18 PM

LIMA, 30 Ogos (Bernama) -- Penggunaan pelitup muka menjadi pilihan mulai Isnin untuk pelajar sekolah di Peru, buat kali pertama sejak kelas bersemuka disambung semula pada akhir Mac, kata Xinhua.

Menurut dekri kerajaan yang dikeluarkan sehari sebelumnya, "penggunaan pelitup muka adalah pilihan untuk pelajar di institusi pendidikan, dengan memastikan pengudaraan yang terjamin, mengikut peraturan semasa".

Pelitup muka masih diwajibkan untuk tenaga pengajar, kerana pihak berkuasa kesihatan berpendapat mereka tergolong dalam kumpulan yang terdedah di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Kelonggaran pemakaian pelitup untuk murid sekolah diumumkan pada 25 Ogos oleh Menteri Pendidikan Rosendo Serna yang bertujuan mengembalikan sekolah kepada normal, dan memudahkan komunikasi dan sosialisasi di kalangan kanak-kanak, tambah Serna.

Menurut beliau, keputusan untuk menggunakannya adalah terpulang kepada pelajar dan ibu bapa.

Kerajaan Peru melancarkan program vaksinasi untuk kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun selepas kembali ke kelas secara bersemuka. Matlamatnya adalah untuk memberi imunisasi kepada 4,201,842 kanak-kanak dalam kumpulan umur itu, dengan 58.5 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan