COVID-19

Beijing sifatkan penularan COVID-19 yang berpunca daripada bar mewah sebagai 'teruk''

13/06/2022 12:33 PM

BEIJING, 13 Jun (Bernama) -- Pihak berkuasa Beijing mengklasifikasikan penularan COVID-19 yang bermula di sebuah bar mewah di kawasan kejiranan Chaoyang yang ramai penduduk sebagai teruk selepas sekurang-kurangnya 166 orang dijangkiti, lapor Sputnik.

"Penularan COVID-19 di bar Heaven di Chaoyang adalah teruk daripada segi skala dan kepadatan. Kali ini ia lebih sukar dikawal dan dicegah daripada merebak berbanding sebelum ini," kata jurucakap kerajaan bandar Xu Hejian.

Wabak itu dikesan minggu ini, merebak ke 14 daerah Beijing dalam beberapa hari. Pihak berkuasa bandar merancang untuk membuat ujian terhadap penduduk Chaoyang dari Isnin hingga Rabu.

Beijing mula melonggarkan sekatan COVID-19 di kebanyakan daerah pada Isnin. Bar, restoran, tempat kebudayaan dan hiburan, taman dan ruang awam lain dibuka semula, dan pengangkutan awam beroperasi seperti biasa.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan