COVID-19

Rusia kesan jangkitan Omicron subvarian BA.4

12/06/2022 02:47 PM

MOSCOW, 12 Jun (Bernama) -- Subvarian COVID-19 Omicron yang lebih mudah menular telah merebak di Rusia, lapor Sputnik, memetik kenyataan pegawai kanan di badan pemerhati kesihatan kebangsaan Rospotrebnadzor.

Ketua penyelidikan genom di Institut Penyelidikan Pusat Epidemiologi Rospotrebnadzor, Kamil Khafizov, memberitahu pemberita bahawa dua makmal kebangsaan telah menyerahkan sampel genom virus jenis BA.4 ke pangkalan data VGARus.

"Sampel diperoleh pada akhir Mei," kata Khafizov.

Bagaimanapun, saintis itu memaklumkan subvarian BA.2 masih menyumbang 95 peratus daripada semua kes baharu di Rusia.

"Beberapa kajian yang diterbitkan baru-baru ini mendedahkan subvarian yang dikenali sebagai BA.4 dan BA.5, lebih mudah berjangkit berbanding Omicron asal," katanya.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada Mei bahawa Omicron BA.4 dan BA.5 mendorong peningkatan kes di negara dengan kadar pemberian vaksin rendah, meskipun subvarian BA.2 kekal dominan di seluruh dunia.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan