BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
COVID-19

34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

11/06/2022 09:29 AM

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Sebanyak 1,223,569 atau 34.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,734,505 atau 48.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,913,149 atau 93.6 peratus telah menerima dua dos vaksin, manakala 3,006,526 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Seramai 16,115,626 atau 68.5 peratus individu dewasa di negara ini pula telah menerima suntikan dos penggalak, manakala 22,988,429 atau 97.7 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,265,576 atau 98.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 12,226 dos harian diberikan semalam meliputi 1,016 dos pertama, 9,307 dos kedua dan 1,903 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 71,032,773.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 2,166 kes baharu positif COVID-19 semalam manakala satu kes kematian dicatatkan di Negeri Sembilan. 

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan