BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
COVID-19

Vaksin COVID-19: Hanoi cadang mulakan pemberian dos ke-4 untuk golongan berisiko tinggi

08/06/2022 02:20 PM

HANOI, 8 Jun (Bernama) -- Hanoi, sedang merancang menawarkan dos keempat vaksin COVID-19 kepada golongan rentan atau petugas barisan hadapan yang berisiko tinggi terdedah kepada virus itu.

Mereka yang layak menerima suntikan penggalak dos keempat termasuk individu berumur 50 tahun ke atas, golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas yang mengalami gangguan imun  atau penyakit kronik, serta petugas barisan hadapan.

Vietnam menyasarkan lebih 95 peratus golongan dewasa layak menerima suntikan dos keempat, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Kerajaan juga tidak menolak kemungkinan untuk memperluaskan pemberian dos penggalak jika bekalan mencukupi.

Vaksin yang akan digunakan bagi tujuan itu ialah Pfizer, Moderna, dan AstraZeneca.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan