COVID-19

33.2 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin

03/06/2022 10:44 AM

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Seramai 1,180,415 atau 33.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,728,942 atau 48.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,914,722 atau 93.7 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,011,068 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,100,274 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,975,123 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,598 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 4,666 dos harian diberikan semalam meliputi 563 dos pertama, 2,557 dos kedua dan 1,546 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,947,904.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat COVID-19  semalam dengan masing-masing satu kes di Johor dan Kedah. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan