BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
COVID-19

Pengecualian bayaran bagi jemaah Haji buat ujian COVID-19 di fasiliti KKM

02/06/2022 03:10 PM

PUTRAJAYA, 2 Jun (Bernama) -- Ujian pengesanan COVID-19 tindak balas berantai polimerase (RT-PCR) bagi jemaah haji Malaysia yang dilakukan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) adalah dikecualikan daripada bayaran, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

"Dilaksanakan secara percuma," katanya mengumumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy berkata jemaah haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Pejabat Tabung Haji Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR.

Bagi jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kesihatan swasta, kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah tersebut mengikut caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta yang dipilih, katanya.

Kerajaan Arab Saudi memperuntukkan kuota haji sebanyak 14,306 orang jemaah haji kepada Malaysia pada tahun ini.

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji perlu disahkan negatif COVID-19 menerusi ujian pengesanan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di Tanah Suci.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan