BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
COVID-19

1,180,415 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin setakat Rabu

02/06/2022 09:11 AM

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Sebanyak 1,180,415 atau 33.2 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 1,728,942 atau 48.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,914,722 atau 93.7 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,011,068 atau 96.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,100,274 atau 68.4 peratus individu dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, sebanyak 22,975,123 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,598 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 4,666 dos harian diberikan semalam meliputi 563 dos pertama, 2,557 dos kedua dan 1,546 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,947,904.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat COVID-19  semalam dengan masing-masing satu kes di Johor dan Melaka.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan