COVID-19

COVID: Kes baharu di Sarawak kembali dua digit

29/11/2021 06:17 PM

KUCHING, 29 Nov -- Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak terus menunjukkan trend penurunan apabila kembali mencatat angka dua digit hari ini dengan 98 kes, berbanding 158 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, hanya lima kes mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan manakala 93 kes lagi adalah individu yang bergejala ringan dan tidak bergejala.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi hari ini ialah Kuching dengan 34 kes, diikuti Miri (17), Sibu (12) dan Lawas (10). Jumlah kumulatif kes di Sarawak juga kini 250,622,” menurut JPBN.

Selain itu, terdapat dua kes kematian baharu direkodkan di Sarawak hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan