BERITA COVID–19   Kluster pendidikan cetus peningkatan kes COVID-19 di Kelantan – Dr Zaini | 50 peratus populasi dewasa telah terima dos penggalak | COVID: 5,522 kes baharu dilaporkan Jumaat - Dr Noor Hisham | Indonesia laksana isolasi lima hari di rumah untuk kes Omicron | Buat ujian kendiri COVID-19 sebelum, selepas balik bercuti - Pakar | 
COVID-19

Sarawak negeri paling tinggi terima dos penggalak

29/11/2021 03:21 PM

KUALA LUMPUR, 29 Nov -- Sarawak menjadi negeri penerima dos penggalak paling tinggi di negara ini apabila 30.4 peratus populasi dewasanya telah menerima dos berkenaan setakat Sabtu lepas (27 Nov).

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata ia meliputi 602,180 penduduk dewasa di negeri itu.

“Sarawak merupakan negeri pertama melaksanakan dos penggalak dan dos tambahan bermula 13 Okt lalu, kadar sasaran pemberian dos penggalak bagi Sarawak ialah 2,042,700 individu,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) yang bertanya sejauh manakah Program Imunisasi Vaksin COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi negeri Sarawak dan Parlimen Igan.

Menjelas lanjut, Dr Noor Azmi berkata bagi liputan vaksin negeri Sarawak, sehingga 27 Nov, sebanyak 75 peratus penduduk negeri itu telah mendapat dos lengkap vaksin.

Katanya ia meliputi 91.1 peratus penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas dan 85.9 peratus golongan remaja.

Bagi Parlimen Igan pula beliau berkata sejumlah 86.9 peratus penduduk di kawasan itu telah menerima dos lengkap vaksin setakat 25 Nov lepas.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan