COVID-19

PKPD di Pos Betau, Pahang mulai rabu ini - MKN

18/10/2021 10:10 PM

KUALA LUMPUR, 18 Okt -- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Perkampungan Orang Asli (POS) Betau, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang bermula 20 Okt hingga 2 Nov. 

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti berkenaan. 

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Beliau turut memaklumkan PKPD di Ladang dan Kilang Sawit RMDC Sdn Bhd di Bukit Koman, Raub, Pahang serta di Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai, Kelantan ditamatkan esok mengikut jadual.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan