BERITA COVID–19   COVID: Kes baharu di Sarawak kembali dua digit | Varian Omicron: Jepun sekat ketibaan pelancong asing | Belum jelas varian Omicron mudah berjangkiti, sebabkan gejala lebih teruk - WHO | Kes pertama positif COVID-19 VTL Malaysia-Singapura dikesan - Khairy | Tambak Johor yang suram akibat COVID-19 perlahan-lahan sedang 'dirancakkan' | 
COVID-19

COVID-19 : Jumlah kes harian catat penurunan, 6,145 kes hari ini - KP Kesihatan

17/10/2021 07:39 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt -- Jumlah kes harian COVID-19 di Malaysia mencatatkan penurunan dengan 6,145 kes baharu dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kali terakhir kes harian direkodkan bawah 7,000 adalah pada 11 Okt dengan 6,709 kes.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 2,390,687.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu hari ini, hanya 142 kes atau 2.3 peratus melibatkan kategori tiga, empat dan lima, manakala baki 6,003 kes atau 97.7 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Daripada jumlah kes baharu itu, 12 kes adalah kes import manakala 6,133 kes melibatkan penularan tempatan,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi COVID-19 hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 9,231 kes sembuh dilaporkan hari ini, sekali gus mengatasi kes baharu.

Selain itu, terdapat 640 kes yang disahkan COVID-19 dan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 281 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau berkata sembilan kluster baharu telah dikenal pasti membabitkan enam kluster tempat kerja, dua kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan