BERITA COVID–19   COVID: Kes baharu di Sarawak kembali dua digit | Varian Omicron: Jepun sekat ketibaan pelancong asing | Belum jelas varian Omicron mudah berjangkiti, sebabkan gejala lebih teruk - WHO | Kes pertama positif COVID-19 VTL Malaysia-Singapura dikesan - Khairy | Tambak Johor yang suram akibat COVID-19 perlahan-lahan sedang 'dirancakkan' | 
COVID-19

COVID: Kes Sarawak turun kepada tiga angka

17/10/2021 06:16 PM

KUCHING, 17 Okt -- Jumlah jangkitan harian COVID-19 di Sarawak terus menunjukkan penurunan dengan 730 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 1,055 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, hanya 21 kes melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Baki 709 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

Pertambahan kes hari ini menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 231,530.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 199 kes diikuti Sibu (98) dan Miri (91),” menurut kenyataan itu.

Selain itu, 13 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak dari 11 Okt hingga semalam manakala jumlah kluster yang aktif pula sebanyak 54.

-- BERNAMA 

 

 

 


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan