COVID-19

Vaksinasi populasi dewasa negara capai 91.5 peratus

17/10/2021 12:55 PM

KUALA LUMPUR, 17 Okt -- Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini mencapai 91.5 peratus atau 21,430,294 setakat 11.59 malam tadi, demikian menurut data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW.

Dalam tempoh sama juga sebanyak 95.1 peratus populasi dewasa atau 22,265,430 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 128,347 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja yang menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 46,761,751.

Dalam pada itu, bagi pemberian dos penggalak kepada kumpulan sasar, sebanyak 3,181 diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan dos penggalak diberikan kini 18,766.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam sebanyak 716,332 individu atau 22.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 2,450,352 individu atau 77.9 peratus terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan