BERITA COVID–19   COVID: Kes baharu di Sarawak kembali dua digit | Varian Omicron: Jepun sekat ketibaan pelancong asing | Belum jelas varian Omicron mudah berjangkiti, sebabkan gejala lebih teruk - WHO | Kes pertama positif COVID-19 VTL Malaysia-Singapura dikesan - Khairy | Tambak Johor yang suram akibat COVID-19 perlahan-lahan sedang 'dirancakkan' | 
COVID-19

13,000 petugas kesihatan Terengganu terima suntikan dos penggalak

17/10/2021 12:45 PM

KUALA TERENGGANU, 17 Okt -- Lebih 13,000 petugas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mula menerima dos penggalak vaksin COVID-19 secara berperingkat, bermula hari ini.

Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata dos penggalak diberi kepada petugas secara sukarela.

“Paling penting ialah mereka telah melepasi tempoh enam bulan selepas dos kedua.

“Enam hospital kerajaan dan 20 pusat pemberian vaksin (PPV) milik Kementerian Kesihatan di seluruh Terengganu, akan terlibat dengan pemberian dos penggalak kepada anggota kesihatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selain itu, pemberian dos penggalak kepada kakitangan barisan hadapan agensi lain dan warga emas, akan diberikan di PPV swasta tidak lama lagi.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan