BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
COVID-19

Kadar populasi dewasa lengkap divaksin kini 91.4 peratus

16/10/2021 08:43 AM

KUALA LUMPUR, 16 Okt  -- Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini mencapai 91.4 peratus atau 21,399,802 setakat 11.59 malam tadi, meningkat 0.2 peratus berbanding 91.2 peratus, pada Khamis (14 Okt).

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 95.1 peratus populasi dewasa atau 22,260,137 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 174,732 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 46,633,404.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 20.2 peratus atau 637,079 orang telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 77.5 peratus atau 2,439,727 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan