BERITA COVID–19   Penularan COVID-19 negara terus catat trend penurunan - KP Kesihatan | COVID: Jumlah kes baharu di Sarawak bawah 1,000 untuk tiga hari berturut-turut | PKPD di Pos Betau, Pahang mulai rabu ini - MKN | Kerajaan wajar tambah jumlah bantuan khas COVID - senator | COVID: 5,434 kes hari ini, kes harian kekal trend penurunan - KP Kesihatan | 
COVID-19

COVID: Pejabat Kerajaan Negeri Sabah dibenar beroperasi kapasiti 80 peratus

20/09/2021 11:49 PM

KOTA KINABALU, 20 Sept  -- Semua pejabat kerajaan negeri Sabah dibenar beroperasi pada kapasiti 80 peratus petugas bekerja di pejabat berkuat kuasa esok, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Bagaimanapun, beliau yang juga jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata 20 peratus petugas pula dikehendaki bekerja dari rumah.

"Semua kakitangan yang hadir ke pejabat, dan semua pelanggan serta pengunjung pejabat kerajaan terlibat hendaklah telah lengkap divaksin," katanya dalam kenyataan malam ini.

Mengenai sukan golf Masidi berkata kerajaan negeri memberi kebenaran dua pemain golf berkongsi sebuah buggy dengan syarat terdapat pemisah antara dua pemain tersebut yang juga berkuat kuasa esok.

"Semua pemain hendaklah juga telah lengkap divaksin dan mempunyai status risiko rendah pada aplikasi MySejahtera," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Sabah hari ini merekodkan 1,255 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif 186,832 kes dengan 19 kes kematian dilaporkan, manakala 2,129 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 162,543 sembuh, dan 3,959 pesakit masih dirawat.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan