BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
COVID-19

Kampung Garib di Kudat, Sabah dikenakan PKPD bermula Rabu - MKN

20/09/2021 10:29 PM

KUALA LUMPUR, 20 Sept  -- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Garib, Matunggong di Kudat, Sabah bermula Rabu ini hingga 5 Okt, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan yang dimuatkan di laman sosial Facebook hari ini.

Menurutnya PKPD di Kampung Dusun Pak Senam, Mukim Ulu Jelai di Lipis, Pahang yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan hingga 5 Okt, manakala PKPD di beberapa kawasan di Sabah yang dilaksanakan sebelum ini akan ditamatkan esok.

Lokaliti terlibat ialah Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau; Taman Limauan, Kinarut, Papar; Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi, Kota Belud; Kampung Mompilis, Matunggong, Kudat; serta Kampung Pahu Pinawantai, Ranau.

Rodzi turut berkata PKPD di Kampung Lotong, Kota Marudu, Sabah juga akan ditamatkan esok, lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada 28 Sept.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan