COVID-19

COVID-19: KKM jangka 500 kes harian menjelang Mei

15/03/2021 02:48 PM

PUTRAJAYA, 15 Mac -- Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan 500 kes harian positif COVID-19 menjelang Mei ini, bergantung kepada tahap kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan trend penurunan nilai kebolehjangkitan (RT) atau R-naught (R0) iaitu 0.87 semalam berbanding 0.9 pada 28 Feb lepas.

“Namun begitu, sekiranya SOP tidak dipatuhi, RT dijangkakan meningkat semula melebihi 1.0, begitu juga bilangan kes harian,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), di sini hari ini.

Sehingga semalam, katanya kebanyakan negeri telah mencapai nilai RT kurang 1.0 kecuali Terengganu dan Pulau Pinang.

Mengenai taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Semenanjung, Dr Adham berkata bagi tempoh 28 Feb hingga 14 Mac, zon hijau telah meningkat daripada enam daerah kepada 11 daerah.

Daerah terbabit adalah empat di Kedah, masing-masing dua di Pahang dan Perak manakala masing-masing satu di Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Dalam tempoh sama juga berlaku pengurangan zon merah iaitu daripada 42 daerah turun kepada 35 daerah yang direkodkan di Semenanjung, manakala zon kuning meningkat daripada 31 daerah kepada 37 daerah.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan