BERITA COVID–19   Lebih 18 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19 | COVID-19: Singapura lapor 1,457 kes baharu, 3 kematian pada 22 Sept | COVID-19: Rujuk panduan pengudaraan di premis, elak penularan wabak - KP Kesihatan | COVID-19: Rujuk panduan pengudaraan di premis, elak penularan wabak - KP Kesihatan | Individu jalani isolasi di rumah, PKRC akan divaksin sebaik selesai kuarantin | 
COVID-19

Polis terima laporan berhubung dakwaan 'potong barisan'

03/03/2021 04:41 PM

KOTA BHARU, 3 Mac  -- Polis telah menerima laporan berhubung perbuatan menyebar maklumat kononnya ‘200 ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan’ dikatakan cuba memotong barisan sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19. 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Abdul Rahim Daud berkata laporan berkenaan dibuat Pegawai Khas Pengerusi jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Mohamad Taufik Ramli di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, di Pengkalan Chepa dekat sini, kira-kira pukul 9.30 pagi.

"Sehubungan itu, pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Terdahulu, ketika ditemui pemberita, Mohamad Taufik berkata laporan itu antaranya bertujuan meminta pihak berkuasa menyiasat individu yang bertanggungjawab menyebar berita tidak benar berhubung isu tular berkenaan sehingga menjejaskan integriti kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

"Dengan laporan ini, kita menggesa tindakan diambil kepada siapa yang menyebarkan isu tidak benar ini dikenakan tindakan seperti tindakan disiplin, tatatertib kerja dan sebagainya.

"Saya rasa bertanggungjawab atas isu ini, atas kapasiti penjawat awam untuk perbetulkan semula kejadian berlaku, menolak isu yang viral sehari dua ini dan membaiki imej agensi kerajaan," katanya.

Ahad lepas, tular di media sosial, antaranya Twitter, yang memaparkan tangkap layar mesej mendakwa suntikan vaksin COVID-19 kepada doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai awal sebagai penerima terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada ‘200 ahli SUK Kelantan’.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan