BERITA COVID–19   Kadar penggunaan katil hospital antara faktor Kedah, Johor tidak dapat beralih Fasa PPN | COVID: Pejabat Kerajaan Negeri Sabah dibenar beroperasi kapasiti 80 peratus | Enam PPV di Johor Bahru dibuka untuk walk-in | Kampung Garib di Kudat, Sabah dikenakan PKPD bermula Rabu - MKN | COVID: Negara terus rekod kes sembuh melebihi kes baharu | 
COVID-19

PKP: Solat Jumaat di Kelantan dibenarkan maksimum 50 jemaah

25/01/2021 06:38 PM

KOTA BHARU, 25 Jan  -- Pelaksanaan solat Jumaat di masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim di Kelantan dibenarkan mulai Jumaat ini dengan maksimum 50 jemaah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 4 Feb depan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang juga Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata bagi solat fardu di masjid negeri, bandar, jajahan dan mukim, dibenarkan tidak melebihi jumlah 12 orang jemaah termasuk imam tua, imam muda, bilal, siak dan ahli jawatankuasa sahaja.

Katanya bagi solat fardu di surau dan musala dibenarkan hanya lima orang ahli jemaah sahaja termasuk imam, bilal dan ahli jemaah yang terpilih.

“Pelaksanaan ini turut mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam sebagaimana peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan solat Jumaat dan solat fardu dikekalkan sebagaimana yang telah dikeluarkan sebelum ini dan perlu dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musalla.

“Tindakan sewajarnya akan diambil di atas kegagalan untuk mematuhi SOP ini dan bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah SWT pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua,” katanya.

-- BERNAMA


 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan