COVID-19

COVID-19: Sabah rekod 401 kes baharu hari ini

22/01/2021 01:44 AM

KOTA KINABALU, 21 Jan  -- Sabah merekodkan sebanyak 401 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes tersebut di negeri itu ialah 45,409.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun, yang juga jurucakap rasmi COVID-19 di Sabah, berkata dua kematian turut dicatatkan iaitu di daerah Lahad Datu.

“Seramai 380 pesakit COVID-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 40,929 orang. 

"Sejumlah 2,935 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 837 orang di hospital, 2,079 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah dan bilangan pesakit COVID-19 dalam Unit Rawatan Rapi ialah 80 orang dengan 16 memerlukan alat bantuan pernafasan," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan