BERITA COVID–19   Dua pemilik premis futsal antara 30 dikompaun tidak patuh SOP PKP | COVID-19: Kumpulan pertama petugas barisan hadapan Hospital Labuan divaksin | MOTAC terus beri perhatian kepada kawasan tarikan pelancongan, kebudayaan | SAM gesa kaji semula SOP liputan media semasa perlawanan MFL | COVID: 2,364 kes baharu hari ini dengan 10 kematian | 
COVID-19

COVID-19: Operasi Pejabat Laut PTP ditutup hari ini hingga 26 Jan

21/01/2021 11:09 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jan  -- Operasi Pejabat Laut Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) ditutup bermula hari ini hingga 26 Jan berikutan kes terbaru COVID-19, dan operasinya diambil alih serta merta oleh Pejabat Laut Puteri Harbour atau mana-mana Pejabat Laut yang berhampiran.

Jabatan Laut Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bagi bayaran permit petroleum, permohonan boleh dibuat di Pejabat Laut Puteri Harbour manakala urusan pelaut iaitu ‘sign on/off’ dan urusan perjanjian anak kapal (crew article) bagi kapal berbendera Malaysia, adalah secara dalam talian (sistem SDPx).

"Bagi urusan permohonan perakuan kekompetenan (COC), kad pelaut, perakuan pengiktirafan (COR), perakuan kecekapan (COP), permohonan boleh dibuat di Pejabat Laut Pasir Gudang atau Mersing.

"Bagi pertukaran krew warga asing permohonan boleh dibuat di Pejabat Laut Puteri Harbour. Permohonan pelepasan pelabuhan (surat izin belayar) dan urusan lain adalah secara dalam talian," menurut kenyataan itu.

Jabatan itu turut memaklumkan terdapat kes keempat positif COVID-19 di Jabatan Laut Wilayah Selatan (JLWS) melibatkan kakitangan jabatan yang bekerja di Pejabat Laut PTP dan merupakan kontak rapat staf VTS (Vessel Traffic System) Tanjung Piai yang positif.

“Berdasarkan maklumat daripada Ketua Pejabat Laut PTP, terdapat sembilan kakitangan yang bertugas dan lapan orang daripadanya merupakan kontak rapat (kes keempat) telah diarah kuarantin kendiri di rumah serta merta sehingga selesai penilaian risiko dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan