BERITA TERGEMPAR   Helicopter crash tragedy affects families of Malaysian Armed Forces, a big loss to the nation - PM Anwar | RMN helicopter crash: PM Anwar expresses condolences, prays the victims' families be given strength in time of tragedy | Tragedi helikopter terhempas beri kesan kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia, kehilangan besar buat negara - PM Anwar | Agong saddened by RMN helicopter crash in Lumut, sends his condolences to victims' families | Tragedi helikopter terhempas beri kesan kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia, kehilangan besar buat negara - PM Anwar | 
COVID-19

Persatuan syarikat pengendali pelancongan rayu bantuan kerajaan

19/01/2021 10:16 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jan  -- Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) meminta kerajaan memanjangkan bantuan sedia ada dan yang baharu kepada penggiat industri pelancongan bagi membantu industri itu yang terkesan teruk akibat COVID-19.

Presidennya Harun Kc Ahmmu berkata antaranya ialah melanjutkan subsidi upah dan moratorium bayaran pinjaman balik sehingga Disember 2021 bagi memastikan syarikat pelancongan dapat beroperasi setakat termampu.

Beliau berkata selain itu pihaknya juga memohon disediakan pinjaman khas tanpa faedah dengan jangka masa bayaran balik lima tahun daripada pengisytiharan tamatnya wabak COVID-19 dan pengecualian bayaran lesen-lesen berkaitan pelancongan bagi 2021.

"Kami juga memohon pengecualian sewa hingga Jun bagi premis perniagaan milik kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, serta anak-anak syarikatnya seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Segala kursus wajib kepada semua agensi pelancongan seperti kursus pembaharuan lesen juga perlu dibatalkan sebagai satu daripada bantuan sokongan dan mengurangkan beban kewangan syarikat agensi pelancongan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Harun turut mencadangkan supaya pembaharuan permit van dan bas persiaran atau pelancongan dikecualikan dan tidak mengenakan sebarang caj terhadap proses pembaharuan permit sehingga sektor pelancongan kembali beroperasi.

Beliau berkata bantuan bersasar seperti yang diperincikan itu amat diperlukan untuk mempertahankan syarikat pelancongan menghadapi keadaan sukar ini.

“Semoga kerajaan dapat memberi perhatian khusus kepada semua pengiat industri pelancongan yang terkesan dengan ketaranya akibat pandemik covid19,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan