COVID-19

Jeffrey pulih COVID-19, dibenarkan pulang

16/01/2021 10:30 PM

KOTA KINABALU, 16 Jan  -- Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan isteri telah discaj dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) selepas pulih daripada jangkitan COVID-19 hari ini.

Jeffrey dan Datin Seri Cecilia Kitingan meninggalkan hospital itu pada 1 tengah hari selepas dimasukkan ke hospital sejak 4 Jan berikutan mereka disahkan positif ujian COVID-19 pada 3 Jan.

“Saya bersyukur dengan tugas baik yang dilaksanakan oleh petugas barisan hadapan kita yang telah bekerja keras, mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk memerangi COVID-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.  

Jeffrey juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan yang telah merawat mereka terutama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi, Pengarah QEH Dr William Gotulis, Ketua Unit Penyakit Berjangkit Dr Lee Heng Gee dan kakitangan Dr Rachel serta staf hospital yang menjaga mereka sepanjang tempoh dua minggu berada di hospital itu.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang juga jurucakap COVID-19 negeri, berkata 379 pesakit COVID-19 telah discaj hari ini. 

Jumlah kumulatif pesakit pulih COVID-19 di Sabah kini 38,989 orang. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan