BERITA COVID–19   IATA gesa semua kerajaan batalkan larangan perjalanan udara | COVID: Sabah rekod 27 kes positif libatkan asrama pelajar siswi IPG di Tuaran | COVID-19: Kes baharu naik kepada 5,020, jumlah kumulatif 2,673,019 kes | Kit ujian air liur sahaja bagi saringan ujian COVID-19 di sekolah KPM | COVID-19: Pendapatan sektor muzium menurun, pengunjung merosot lebih 70 peratus - Nancy | 
COVID-19

Pendaftaran vaksin COVID-19 untuk rakyat dibuka tidak lama lagi - Adham Baba

15/01/2021 11:14 AM

KUALA LUMPUR, 15 Jan  -- Pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia akan dibuka tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Katanya setiap individu akan menerima dua dos vaksin bagi memastikan perlindungan penuh daripada jangkitan virus itu.

“Mereka yang menerima vaksin perlu menyimpan kad yang akan kita berikan ketika kali pertama mereka diberi suntikan.

“Ini bagi memastikan mereka yang telah disuntik mendapat dos kedua mengikut tarikh yang telah ditetapkan, biasanya dalam julat 21 hari,” katanya semasa menjadi tetamu program Bicara DR di RTM 1 malam tadi.

Dr Adham bagaimanapun tidak berkongsikan tarikh pendaftaran akan dibuka.

Pada masa sama beliau menegaskan penerima vaksin tetap perlu mengamalkan norma baharu bagi memastikan perlindungan optimum.

Ini kerana katanya matlamat utama imunisasi COVID-19 ialah bagi melindungi petugas barisan hadapan, mengurangkan kematian, membentuk imuniti kelompok dan seterusnya memutuskan rantaian jangkitan pandemik itu.

Malaysia dijadualkan menerima vaksin Pfizer-BioNTech pada akhir Februari ini dan telah memperoleh  kelulusan bersyarat daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan