Selasa, 26 Januari 2021

186,849

Jumlah kes

3,048

Kes baharu

145,048

Jumlah discaj

689

Jumlah kematian
11 Kes terbaharu
25 JAN 2021 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
14/01/2021 08:46 PM

SIBU, 14 Jan  -- Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sibu adalah langkah yang perlu diambil sekarang, bagi membendung penularan COVID-19 yang kini mencapai tahap amat membimbangkan.

Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee berkata, sekiranya PKP tidak diadakan sekarang, situasi mungkin bertambah buruk sehingga tidak lagi dapat dikawal.

“Kita tidak lagi mampu untuk menunggu sehingga jumlah peningkatan kes adalah terhenti atau menurun. Masanya (pelaksanaan PKP) adalah sekarang,” katanya semasa temubual melalui aplikasi Zoom bersama Bernama dan RTM di sini hari ini.

Beliau meminta penduduk di Bahagian Sibu yang merangkumi daerah Sibu, Selangau dan Kanowit, untuk mematuhi arahan PKP itu, bagi memastikan penularan virus COVID-19 dapat dibendung dalam tempoh itu.

“Sekiranya kita semua mematuhi PKP selama dua minggu ini, saya yakin kita akan dapat memutuskan rantaian COVID-19 di Sibu,” katanya.

Annuar berkata penularan tinggi COVID-19 di Sibu tertumpu di kawasan Pasai Siong, iaitu tempat bermulanya Kluster Pasai pada 7 Jan.

Pada masa ini, beliau berkata ujian saringan COVID-19 ditumpukan ke kawasan terbabit, yang menyaksikan 19 rumah panjang dikenakan sekatan pergerakan sejak 10 Jan.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, terdapat tambahan 157 kes untuk Kluster Pasai hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes bagi kluster itu meningkat kepada 462 kes.

Seramai 1,400 individu dari kluster itu disaring, dan daripada jumlah itu 888 kes negatif manakala 50 kes masih menunggu keputusan makmal.

JPBN memutuskan pelaksanaan PKP di Bahagian Sibu berkuatkuasa 12.01 tengah malam 16 Jan hingga 11.59 malam 29 Jan (14 hari), dan SOP berhubung PKP itu akan dimaklumkan kepada orang awam esok.

Sementara itu, PKP Bersyarat (PKPB) di Bahagian Sarikei yang diisytiharkan sebagai zon merah bersama-sama Sibu sebelum ini, dikekalkan.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan