KUALA TERENGGANU, 14 Jan -- Lima masjid di daerah Kuala Terengganu ditutup selama tiga hari bermula hari ini hingga 16 Jan bagi membolehkan proses nyahkuman dijalankan untuk mencegah penularan COVID-19.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata penutupan itu berikutan terdapat kes positif COVID-19 dari Madrasatul Quran Kubang Bujuk mempunyai sejarah menunaikan solat di lima masjid berkenaan.
"Lima masjid itu ialah Masjid Baru Serada, Masjid Banggol Katong, Masjid Al-Hidayah Banggol Mempelam, Masjid Beladau Selat dan Masjid Al Muttaqin Kepong.
"Penutupan dilakukan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terengganu mencatat 89 kes baharu COVID-19 hari ini.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta