Selasa, 26 Januari 2021

186,849

Jumlah kes

3,048

Kes baharu

145,048

Jumlah discaj

689

Jumlah kematian
11 Kes terbaharu
25 JAN 2021 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
14/01/2021 08:13 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jan  -- Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi positif COVID-19 apabila 3,337 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini meningkat kepada 33,989 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, tujuh daripadanya adalah kes import manakala selebihnya, 3,330 kes melibatkan penularan tempatan.

“Kes jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan jumlah tertinggi apabila 3,337 kes dilaporkan hari ini dengan 15 kematian. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia pula meningkat kepada 147,855 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Angka tertinggi kes harian COVID-19 sebelum ini adalah 3,309 kes yang dicatatkan pada Selasa lepas.

Bagi kes penularan tempatan, beliau memaklumkan 2,142 kes melibatkan warga tempatan dan 1,188 kes bukan warganegara.

Beliau berkata Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi dengan 1,036 kes, diikuti Johor 460 kes dan Sabah 389 kes. 

“Sebanyak 153 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga (63 kes), Kluster Tropika (51), Kluster Penjara Jalan Harapan (34), Kluster Penjara Kepayan (dua), Kluster Tembok Choh (satu), Kluster Tembok Gajah (satu), dan Kluster Pagar Siput (satu),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata kes kematian pula membabitkan sembilan lelaki berusia antara 53 hingga 81 tahun serta enam wanita termasuk dua bukan warganegara berusia antara 27 hingga 91 tahun, di Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 195 kes positif COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 86 kes memerlukan bantuan pernafasan.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan