COVID-19

Orang ramai diminta patuhi PKPB, elak hadiri solat jenazah, pengebumian ibu Fadillah

13/01/2021 10:32 PM

KUCHING, 13 Jan  -- Orang ramai yang bercadang untuk menziarahi ibu Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Dayang Rosnah Abang Madeli, 90, yang meninggal dunia petang tadi agar tidak berbuat demikian bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa di sini ketika ini.

Setiausaha Akhbar kepada menteri itu, Misiah Taib berkata pihak keluarga Fadillah memohon orang ramai mengelak daripada menziarahi Allahyarhamah kerana daerah Kuching masih diletakkan di bawah zon merah pandemik COVID-19.

“Kami memohon maaf dan meminta mereka yang ingin menziarahi Allahyarhamah untuk tidak berbuat demikian. Bersamalah kita menyedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah,” menurutnya dalam mesej WhatsApp yang diterima Bernama malam ini.

Dayang Rosnah meninggal dunia di kediamannya di PJ Heights, Petra Jaya di sini pada 6.30 petang akibat sakit tua dan meninggalkan 13 anak.

Jenazah Allahyarhamah akan disolatkan di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma pada 9.30 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan