Sabtu, 16 Januari 2021

151,066

Jumlah kes

3,211

Kes baharu

115,227

Jumlah discaj

586

Jumlah kematian
8 Kes terbaharu
15 JAN 2021 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
13/01/2021 09:31 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jan -- Aktiviti pemasangan baharu dan baik pulih perkhidmatan di premis pelanggan Telekom Malaysia Bhd (TM) akan diteruskan seperti biasa sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) selama dua minggu yang bermula hari ini.

Bagaimanapun di kawasan zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD)  Perintah Pemerhatian Dan Pengawasan Di Rumah (HSO) hanya keperluan kritikal yang akan dilayani, kata TM dalam satu kenyataan.

Syarikat utiliti nasional itu juga memberi jaminan sebelum melaksanakan sebarang kerja di premis pelanggan, anggota TM akan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya, termasuklah melakukan pemeriksaan suhu badan sewaktu memulakan syif mereka dan mengisytiharkan status kesihatan mereka sebelum memasuki premis.  

“Sebagai tambahan, para pelanggan akan diminta untuk melengkapkan borang Pengisytiharan Pelanggan Selepas Selesai Tugasan untuk mengesahkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh pasukan pemasangan atau pasukan teknikal TM yang melayani permintaan perkhidmatan mereka,” katanya.

Pada masa yang sama, waktu operasi pusat khidmat pelanggannya termasuklah premis TMpoint di seluruh negara dan Pusat Perhubungan Pelanggan TM kekal dibuka seperti biasa sambil mematuhi SOP, serta panduan keselamatan tambahan TM.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Imri Mokhtar berkata TM, sebagai penyedia perkhidmatan penting negara, akan meneruskan operasinya seperti biasa “agar setiap orang kekal di rumah, kekal berhubung, kekal terhibur, kekal bermaklumat dan kekal dilayani semasa PKP ini”.

“Sekiranya para pelanggan memerlukan sebarang bantuan sokongan berkaitan perkhidmatan, kami menggalakkan mereka untuk memanfaatkan pelbagai saluran dalam talian kami dan ejen-ejen kami akan sedia membantu,” katanya.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan