COVID-19

Perutusan khas PM 6 petang ini

11/01/2021 04:07 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jan -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pada 6 petang ini.

Menerusi catatan di laman Facebook beliau, perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani. 

Pada Jumaat, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perdana Menteri akan membuat pengumuman khas hari ini mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan, berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan.

Sejumlah 2,433 kes harian baharu COVID-19 dilapor semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif ialah 135,992 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 27,332 kes.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan