GEORGE TOWN, 9 Jan -- Kerajaan Pulau Pinang diminta tidak bersikap boros berbelanja dengan menukar kereta rasmi baharu untuk Ketua Menteri ketika rakyat hidup susah dalam keadaan pandemik COVID-19.
Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata pembelian kereta baharu model Mercedes S560e untuk Ketua Menteri dengan kos pembelian sebanyak RM458,122.78 baru-baru ini, sepatutnya dijimatkan untuk membantu lebih banyak rakyat di negeri ini.
Katanya, kerajaan negeri telah berulang kali mengumumkan bahawa kerajaan kini tiada wang dengan membentangkan Belanjawan negeri 2021 yang mengalami defisit sebanyak RM400 juta dan telah memohon peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk mengurangkan defisit itu.
"Namun dalam keadaan bajet defisit, boleh pula kerajaan negeri menukar kereta baharu Ketua Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khamis lepas, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pulau Pinang berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow telah dibekalkan dengan kereta rasmi baharu model Mercedes S560e bagi mengantikan kereta Mercedes S300L yang dibeli pada 2013.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta