Isnin, 18 Januari 2021

161,740

Jumlah kes

3,306

Kes baharu

122,344

Jumlah discaj

605

Jumlah kematian
4 Kes terbaharu
18 JAN 2021 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
05/01/2021 04:08 PM

BEIJING, 5 Dis -- Keselamatan dan keberkesanan vaksin COVID-19 sentiasa menjadi keutamaan kerajaan China, ujar jurucakap Kementerian Luar Hua Chunying dalam satu sidang media pada Isnin.

Hua menegaskan, China bersedia bersama semua pihak merintis usaha terbaik bagi memastikan pengagihan vaksin COVID-19 di seluruh dunia dibuat secara adil, dan terus menyumbang kepada usaha sama memerangi wabak di peringkat global.

Indonesia pada 3 Januari mula mengedarkan vaksin COVID-19 keluaran China.

Sementara itu, Mesir menandatangani perjanjian pembelian vaksin dengan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm), serentak dengan kelulusan kecemasan untuk vaksin itu oleh Lembaga Ubat Mesir (EDA).

Mengulas kemajuan kerjasama antarabangsa berkaitan vaksin, Hua berkata China sentiasa bersikap terbuka terhadap kerjasama sedemikian.

Katanya, China juga menyokong sepenuhnya syarikat-syarikat domestik yang menjalin kerjasama dengan rakan kongsi dari luar negara dalam membangunkan dan menghasilkan vaksin.

Kini, terdapat beberapa calon vaksin COVID-19 keluaran China yang sedang menjalani ujian klinikal fasa ketiga di luar negara.

Selain itu, China juga aktif menyertai inisiatif COVAX yang disokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam perkembangan lain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain telah meluluskan pendaftaran rasmi vaksin menyahaktifkan virus yang dibangunkan Sinopharm di negara masing-masing.

“China sentiasa menepati janjinya, iaitu menjadikan vaksin COVID-19 sebagai produk awam global, supaya negara-negara membangun boleh mendapat akses dan mampu menampung kos penggunaannya," jelas Hua.

Menyentuh mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin, ujar beliau kerajaan sentiasa memandang berat isu itu, manakala syarikat pembekal vaksin pula mematuhi peraturan kawal selia ketika pembangunan vaksin dilaksanakan.

“Vaksin Sinopharm secara rasminya mendapat kelulusan Pentadbiran Produk Perubatan Negara (NMPA) untuk pemasaran pada 30 Disember lalu.

“Ini bukti kukuh bahawa vaksin China adalah selamat dan efektif.

“China komited untuk terus menyumbang dalam usaha melawan wabak di peringkat global dan menjaga keselamatan nyawa rakyat seluruh dunia,” tambah Hua.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan