BERITA COVID–19   Lebih separuh remaja Sabah terima dos pertama vaksin COVID-19 | Dua lokaliti di Pahang dikenakan PKPD mulai Selasa - MKN | COVID: Hanya 1.5 peratus kes kategori tiga, empat dan lima | Kes baharu turun kepada 13,104 hari Ahad - KP Kesihatan | Kesiapsiagaan negara hadapi pandemik perlu diberi perhatian dalam RMK12 | 
COVID-19

COVID-19: Kakitangan Penjara Bentong, keluarga dikuarantin sehingga disahkan negatif

30/12/2020 07:33 PM

KUANTAN, 30 Dis -- Semua kakitangan Penjara Bentong dan ahli keluarga masing-masing akan dikuarantin serta-merta sehingga proses saringan COVID-19 selesai dan mereka disahkan negatif susulan pengisytiharan Kluster Tembok Mempaga semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu diambil bagi mengekang risiko penyebaran daripada kluster tersebut kepada komuniti.

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bentong akan memastikan kebajikan dan keperluan harian petugas penjara serta keluarga mereka yang dikuarantin ini sentiasa terjaga," menurut kenyataan itu.

Risiko jangkitan daripada kluster itu adalah rendah buat masa ini dan hanya melibatkan penghuni di dalam penjara.

Kenyataan itu turut memaklumkan kebanyakan penjara di Semenanjung Malaysia tidak dapat menerima tahanan kerana berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Justeru, tahanan mahkamah di Lembah Klang termasuk Petaling Jaya, Selangor iaitu kawasan zon merah terpaksa dihantar ke Pusat Transit Tahanan (PTP) atau Penjara Bentong.

Semalam, Pahang mencatatkan 288 kes dengan 282 merupakan jangkitan dalam kalangan kontak rapat seorang tahanan baharu yang dipindahkan ke Penjara Bentong. 

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan