BERITA COVID–19   Dakwaan pesakit duduk atas lantai beralas kadbod tidak benar - HTAR | 83 penduduk di PKPD Bukit Malut, Langkawi positif COVID-19 | Peralihan ke Fasa Tiga PPN di Zon Selatan Sarawak ditangguhkan | Kes bertambah, rakyat perlu tingkat kawalan kendiri - MB Kelantan | Malaysia terima sumbangan 415,000 dos vaksin AstraZeneca dari UK | 
COVID-19

Polis nafi PKPD seluruh Selangor mulai hari ini

12/12/2020 07:58 PM

SHAH ALAM, 12 Dis -- Polis Selangor menafikan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di seluruh Selangor mulai hari ini seperti yang ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata kenyataan berkenaan tidak benar dan menasihati orang ramai untuk bertenang dan tidak mudah mempercayai serta terpengaruh dengan berita yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Polis Kontinjen Selangor telah mengesan berita palsu yang ditularkan melalui media sosial, berita yang berlatarbelakangkan siaran berita televisyen tempatan itu tertulis “PKPD di Selangor serta-merta, mulai 12 Dis 2020 dan semua pintu masuk dan keluar Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Azam berkata orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan berita dari sumber yang tidak sahih.

“Perbuatan penyebaran berkenaan boleh menyebabkan kegusaran dalam kalangan masyarakat dan mengugat ketenteraman awam,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan