BERITA PRU15   Anwar alu-alukan komitmen Warisan sokong pembentukan kerajaan perpaduan | DUN Tioman: Calon BN sambut baik kesediaan calon PH beri laluan | Kedah disaran beri cuti khas hari mengundi Parlimen Padang Serai | Gerakan minta ahlinya fokus PRN tahun depan - Dominic Lau | PH Pahang sokong untuk bersama BN bentuk kerajaan negeri | 
COVID-19

Masjid Al-Kauthar Tawau sedia terima 5,000 jemaah solat jumaah

11/12/2020 06:17 PM

TAWAU, 11 Dis -- Masjid Al-Kauthar di sini bersedia menerima 5,000 jemaah sesuai dengan kapasiti yang dibenarkan untuk solat Jumaat, akan datang.

Pengerusi Masjid Al Kauthar, Khalid Mohd Tahir berkata pengurusan masjid tidak mempunyai masalah pada minggu hadapan walaupun dengan kehadiran jemaah maksimum seperti ditetapkan.

"Jawatankuasa masjid memandang serius ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi semua pihak.

Kita juga akur dengan ketetapan SOP jarak dua meter setiap jemaah dilakukan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati orang ramai mulai memasuki perkarangan masjid pada 10 pagi dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual, selain memeriksa suhu badan.

Menurutnya Masjid Al-Kauthar mampu menampung sehingga 17,000 jemaah pada satu-satu  masa.

Selasa lepas Sabah membenarkan semula masjid dan surau di seluruh negeri ini termasuk dalam zon merah mengadakan semua jenis aktiviti keagamaan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagi solat lima waktu secara berjemaah, bilangan jemaah dibenarkan di masjid dan surau bagi seluruh zon di Sabah ialah satu pertiga kapasiti dewan solat utama masjid dan surau sementara untuk solat Jumaat jumlah jemaah yang dibenarkan adalah mengikut keluasan dewan solat utama masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan