COVID-19

COVID-19: Pemeriksaan khusus terhadap mangsa banjir hidap selesema

05/12/2020 02:42 PM

KOTA BHARU, 5 Dis  -- Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan memberi tumpuan khusus terhadap mangsa banjir yang menghidap selesema bagi membendung penularan COVID-19 di pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata dalam situasi sekarang, setiap mangsa banjir yang ditempatkan di PPS akan dilakukan ujian saringan lebih ketat sekiranya mengalami selesema, yang merupakan antara simptom jangkitan COVID-19.

"Sebelum ini penyakit bawaan air seperti penyakit kulit, batuk, demam dan selesema adalah penyakit biasa tetapi dalam keadaan pandemik COVID-19 sekarang, kita kena buat pemeriksaan khusus terutama bagi mangsa yang menghidap selesema, sebelum ia berleluasa.

“Kita juga membuat penyelarasan dengan pihak hospital, agensi dan daerah yang terlibat bagi membendung penyakit berjangkit ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata situasi banjir kali ini berbeza kerana pelbagai prosedur operasi standard (SOP) perlu disediakan dalam berdepan pandemik COVID-19.

“Bilangan kakitangan yang bakal ditempatkan di PPS bergantung kepada keperluan di situ. Jabatan mempunyai 14,000 kakitangan termasuk anggota bukan anggota perubatan dan setakat ini tidak ada masalah dan mencukupi,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan