COVID-19

COVID-19: Ecuador tambah 12,000 lagi doktor

04/12/2020 01:22 PM

QUITO, 4 Dis -- Ecuador akan mengupah lebih 12,000 doktor dan pekerja penjagaan kesihatan untuk memperkuatkan lagi sistem kesihatan awamnya sebagai tindak balas terhadap pandemik COVID-19, umum Presiden Lenin Moreno pada Khamis.

Pengumuman itu dibuat Moreno menerusi akaun Twitter selepas mengadakan perbincangan dengan profesional kesihatan, perwakilan Majlis Negara dan Menteri Kesihatan Juan Carlos Zevallos, lapor agensi berita Xinhua.

"Dialog itu menghasilkan keputusan yang sewajarnya," tulis presiden.

Menurut Kementerian Kesihatan, Ecuador setakat ini mencatatkan 195,884 jangkitan COVID-19 dengan 9,129 kematian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan