COVID-19

COVID-19: Pameran Udara Antarabangsa Arab Saudi 2021 ditunda

03/12/2020 08:25 PM

RIYADH, 3 Dis -- Saudi Aviation Club mengumumkan pelancaran Ekspo Antarabangsa Penerbangan dan Angkasa Lepas “Pertunjukan Udara Antarabangsa Arab Saudi” musim kedua, yang dijadual berlangsung di lapangan terbang Al-Thimama di Riyadh awal 2021 ditangguhkan demi keselamatan peserta dan pelawat di tengah-tengah kebangkitan gelombang kedua COVID-19 di kebanyakan negara.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi, kelab itu telah menerima pengesahan jemputan daripada 500 peserta pameran tempatan dan luar. Namun, beberapa syarikat keberatan untuk mengadakan acara itu ketika gelombang kedua pandemik di tambah dengan dengan kesukaran pengangkutan dan kewangan syarikat.

Ekspo musim kedua itu dijangka berlangsung lebih meriah berbanding yang pertama pada 2019, dengan jangkaan kehadiran lebih 20,000 pengunjung, dan penyertaan melebihi 80 pesawat serta 267 syarikat tempatan dan antarabangsa.

Dijangka 57 negara akan menyertainya dan menyaksikan pemeteraian 15 memorandum persefahaman.

Ekspo kali kedua ini dirancang mengetengahkan persidangan dan perbincangan antara lain mengenai angkasa lepas, satelit, dron, robot dan latihan penerbangan.  

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan