BERITA COVID–19   Sarawak pertimbang mansuh kuarantin wajib 14 hari jika keadaan reda | COVID: Thailand catat kes harian tertinggi | COVID: 1,739 kes baharu dengan lapan kematian hari Ahad - KP Kesihatan | PKP di Lahad Datu, PKPD di beberapa kawasan di Sabah, Sarawak mulai Ahad - Ismail Sabri | SIC nafi terlibat dalam kegagalan pematuhan SOP | 
COVID-19

Dijangkiti COVID-19, Hamilton terlepas peluang sertai GP Bahrain

01/12/2020 06:56 PM

MOSCOW, 1 Dis  -- Juara tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, disahkan dijangkiti COVID-19 sekali gus memadamkan peluangnya untuk menyertai Grand Prix (GP) Sakhir di Bahrain minggu ini, lapor agensi berita Sputnik.

Perlumbaan akan berlangsung pada Jumaat hingga Ahad.

"Lewis Hamilton kehilangan peluang sertai Grand Prix Sakhir hujung minggu ini di Bahrain selepas positif COVID-19," memetik Twitter F1.

Pelumba itu menunjukkan gejala ringan dan sedang dikuarantin mengikut garis panduan kesihatan Bahrain serta protokol COVID-19. Pasukan Hamilton, Mercedes, telah mengesahkan perkara itu.

Hamilton, pelumba F1 ketiga yang dijangkiti COVID-19 selepas pelumba Mexico, Sergio Perez dan Kanada, Lance Stroll.

-- BERNAMA

 

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan