COVID-19

COVID-19: 55 masjid, surau di Batu Pahat ditutup 14 hari

01/12/2020 12:09 AM

JOHOR BAHRU, 30 Nov  -- Sebanyak 55 masjid dan surau di Daerah Batu Pahat ditutup sementara mulai semalam dan hari ini susulan peningkatan kes COVID-19 di daerah berkenaan.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi ketika dihubungi Bernama, berkata solat fardu, solat Jumaat dan segala aktiviti keagamaan yang melibatkan ahli kariah di rumah ibadat berkenaan ditangguhkan buat sementara.

Beliau berkata kesemua masjid dan surau itu ditutup selama 14 hari atau sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Berikutan berlakunya peningkatan kes yang berpunca daripada penularan wabak COVID-19 di masjid dan surau di daerah ini...maka beberapa masjid dan surau terpaksa ditangguhkan aktiviti buat sementara.

Semua masjid dan surau yang tersenarai ini dikategorikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat sebagai berisiko kepada ahli kariah,” katanya menambah secara keseluruhan terdapat 180 masjid dan surau di daerah itu. 

Terdahulu, satu notis berkenaan pemberitahuan penangguhan aktiviti-aktiviti di kesemua masjid dan surau tersebut telah dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat.  

Batu Pahat kini merupakan Zon Merah dengan 161 kes aktif setakat hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan