COVID-19

Top Glove beri kerjasama penuh kepada pihak berkuasa susulan lanjutan PKPD

30/11/2020 10:32 PM

KUALA LUMPUR, 30 Nov  -- Top Glove Corp Bhd hari ini berkata pihaknya akan memberi  kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melandaikan lengkungan jangkitan susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas asrama syarikat itu di Meru, Klang.

Terdahulu hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD yang dijadualkan berakhir hari ini, akan dilanjutkan sehingga 14 Dis, 2020.

Top Glove berkata semua pekerja kilang di Meru sedang menjalani latihan saringan COVID-19 secara besar-besaran, manakala kerja sanitasi di kilang-kilang juga sedang dijalankan.

“Top Glove ingin memberi jaminan kepada semua pemegang kepentingan bahawa kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa mengharungi tempoh ini dan mematuhi semua langkah pencegahan COVID-19, dengan terus memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesejahteraan kakitangan serta masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan